+Follow | Dashboard
I believe in Islam. I believe in Allah and peace.
aishOSEM?
About | Links | Stuff

| h o m e | | f a c e b o o k | | t w i t t e r | | i n s t a g r a m |


Heyy you! Assalamualaikum! Welcome to my World. Thanks for visiting.
hanya lakaran rasa dari gadis yang penuh perasaan.heuheu.

Be nice here.

-aish-
bottom







The Story Begins!

perasaan setahun.
Friday, December 9, 2016 | 12:17 PM | 0 cakap cakap
*c&p post dari fb utk tatapan anak-anak ummi nnt..hahaha.. ;p

first and foremost, alhamdulillah summa alhamdulillah. :)
*post panjang luahan hati jiwa raga*
Dulu masa degree mmg berangan nak sambung master phd segala. Mmg dah determined habis lah that time. And mmg nekad nak buat master kat oversea. Masa final year mmg dah research course,university,fees,entry requirement semua. Graduate oct 2015,plan nak fly sept 2016. Fuhh. Keinginan membara sungguh.

After graduate, aku mmg tak terus apply kerja mcm kwn² lain. Ramai yg dah kerja lepas grad sbb sementara nak tggu graduation day ade 2 bulan free. Masa tu mmg ramai dah start cari kerja. Dan aku? Tak apply mana² langsung. Haha. Alasan, nak rehat, penat belajar 4 tahun. Lols. Mujur lah dpt family yg superosem,tak pernah lah tak cukup makan. 😂 cuti secuti cutinya aku sampai ke december. Mmg takde buat ape. Duduk rumah, kemas rumah, jemur baju, angkat baju, lipat baju,mop rumah, basuh toilet, kemas dapur. Mmg niat nak duduk rumah tlg mak. As time flies, aku baru sedar yg aku tinggalkan rumah for almost 8 years. Dari form 4 sampai degree, duduk hostel. Dlm 8 tahun tu jugak aku korbankan quality time aku dgn family especially mak.

Ayah pergi masa aku form 5,baru 2 tahun duduk hostel.2 tahun quality time aku korbankan. And until now, tipu kalau aku ckp aku tak terkilan tak spend masa sungguh² dgn ayah. Wallahi, aku rindu sgt. And how i wish i can turn back time. So this time around, i wont repeat the same thing. Sepanjang duduk kat rumah, tgok mak, tgok mak uruskan rumah, that time lah aku rase aku taknak tinggalkan rumah lagi. Segala ape yg aku plan utk buat master kat luar tu semua, mmg aku kuburkan. Sbb tak nak dah hilang ruang dan peluang utk bersama family.

January 2016 baru aku start cari kerja. Masa belajar dulu aku dimomok kan dgn satu stigma "bukan semua pelajar cemerlang dpt kerja" / "pointer tinggi tak menjamin masa dpn" /"syarikat lebih gemar graduan pointer rendah" yg penting skill bla bla bla. Haha. Aku tak tau lah, mmg benda tu yg berlegar² dlm kepala. So yeah! Aku graduan kelas pertama, tp kerja tak memihak pada aku. So masa tu aku cuba pujuk hati, oh come on, Allah tu maha adil, here is the deal. Allah bg aku everything yg aku nak sebelum ni, everything. Family yg baik, kwn2 yg baik, life yg baik, study tak pernah tak cemerlang, gitteww. Hahaha. So, biar lah Allah nak duga sikit kan? As in kwn2 yg dah dpt kerja awal tu semua dah kena uji dulu masa study. Kan? So aku stick pada fakta Allah maha adil. Tp tipu lah tak stress, kau first class honor, best student, tp takde org nak hire kerja. Kau rasa? Gila tak give up. Tp takde org tau ape aku rasa masa tu 😭 hopeless gila. Nasib baik ade mak, aka bestfriend dunia akhirat! Never fail bagi semangat.

Okay so! Aku pun ambik pendekatan nak start bisnes. Mula lah episod aish si penjual canvas! Masa baru start bisnes 2 weeks, mmg order berpusu pusu masuk, tak menang tangan, and masa tu aku dpt offer kerja. Oh mannnn. Aku baru excited nak buat bisnes. Haha. Maka jadi lah seorang engineer di sebuah syarikat C&S consultant. Kerja punya kerja, kenape kerja tak bestttt. Hahaha. Aku tak rasa happy. Jenis aku, jarang buat benda yg aku rase tak happy. Masa tu lah jugak rasa tanak jadi org besar! Rasa down sgt,confuse life macam mana yg aku nak untuk hidup aku ni. Huru hara, depressive, stress, tak happy. All in one. Pergi kerja, balik kerja, penat tido. Takde life aku rasa. Pastu ade lah few things yg membuatkan aku rasa tak happy dgn working environment segala. Hmmm.

After 2 months, aku decide utk berhenti.dan nekad utk full time business. Masa tu mak mcm tak setuju dgn aku. Ye lah, mmg impian aku dulu nak sambung blajar pastu jd lecturer. Sbb aku sgt passionate bab² mengajar ni. Sepatutnya aku sambung master sept 2016. Tp disebabkan nafsu nak jd bisnes girl sgt.aku tak apply pun master intake sept. Mak disappointed sgt. Tp ntah lah. Rase mcm dah firm sgt ngn keputusan diri sendiri. As time flies, aku keep going dgn business pondok² aku tu. Hahaha. Sambil² jd tutor mengajar budak skolah. And dunia bisnes ni tak semudah yg kita bayangkan masa pegi kelas imkk. Haha. It is not easy. Self development, kena push diri sendiri, kena rajin. Sedih pedih. Haha. And lagi skali aku mengalami keadaan rasa tak berguna, rasa tak maju, rase apa nak jadiiiii dgn hidup aku ni. See, dalam setahun ni, aku akui, aku byk stress dari happy..stress tak tau mana nak hala hidup aku ni. Haha. Kecelaruan identiti.

And bulan 9 hari tu aku decide utk sambung blajar. Sbb mak memang nak sgt tgok aku sambung master. Aku rase dlm setahun ni takde ape yg aku sumbang kat dia, so why not aku buat die happy sbb ni impian dia,and used to be impian aku jugak dulu. Haha. Used to be eh. 😂 tp skrg dah impian semula. Lols. You know what, bila aku ckp aku apply master, and obviously kat utm je sbb tanak duduk hostel lagi dah, mak punya lah happpppyyyyy. There's nothing important selain dari kebahagiaan mak. Sungguh, takde ape dah dlm dunia ni, selain taat Allah dan rasul, mmg mak lah segalanya dan tak kira lah mcm mana, aku akan make sure mak happy. Tu je.

Setahun ni ape perasaan? Kecewa,stress, depressive, hopeless, rase tak berguna,tak tau nak buat ape,tak tau nak start mcm mana,mental break tak productive. Haha. Dia punya nak explain perasaan tu mcm dah gagal dlm hidup 10 tahun. Hahaha. As i told you, aku tak pernah rasa gagal selama ni. Hidup dlm comfort zone, bahagia, success. So boleh bayangkan tak after all the achievements, tetibe hidup kau sendu. Can you feel me? Aku fail test jpj pun aku punya nangis teruk gila. Sbb tu first time rasa fail. Hahaha. So i believed that Allah atur hidup aku mcm ni utk aku belajar tentang hidup cause we're not gonna have a perfect life all the time. So aku bersyukur lah dgn segala perasaan yg tidak best selama setahun ni.

Am i wasting my time selama setahun ni? I guess not! 
Despite all the mixed feeling, here i am! Will start my class soon! insyaAllah :)



Fuh. Dahhhh. Post luahan perasaan utk setahun! Bye!



aku happy
Wednesday, September 21, 2016 | 2:18 PM | 0 cakap cakap
bismillahirahmanirrahim.

lame dah tak menulis blog.fyi skrg aku dah ade diari. kahkah.. serious lah tulis diari manually dlm buku. lame aish lame.. lols. biar lah!

apa khabar? aku? khabar baik. i'm good. surprisingly i am very good. tenang dan bahagia. alhamdulillah. kalau lah tau perasaan akan jadi setenang ni, dah lama aku serah hati 100% kat Allah. haha..teruk nye baru nak tau.tp alhamdulillah lah dengan hari2 yg baru sekarang ni. aku lebih happy.

hati. soal hati paling takut aku nak sembang. takut terjatuh hati pun ye. taku terasa hati pun ye. buat masa ni mmg hati under maintenance. malas nak bukak hati. kalau ade yg nak bukak, through my family je lah ye. malas nak buat decision. haha. senang hidup.

sekian. aku happy. :)
sekufu u_u
Sunday, September 18, 2016 | 1:47 AM | 0 cakap cakap
Ditulis oleh : Ustaz Farid Rashidi


“Ustaz, saya ingin tahu tentang masalah sekufu?”

“Mudah saja masalahnya..tetapi jawapannya perlu kepada sedikit huraian.”

Memandangkan persoalan pernah dijadikan perbincangan umum maka saya cuba membawakan sedikit penjelasan menurut perspektif syara’.

Apa itu sekufu?

Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.
Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

Sekiranya seorang lelaki yang kuat agama, alim dan tsiqah perilakunya mahu menjadikan seorang perempuan yang cetek agama bertujuan untuk mendidik. Ianya tidak menjadi kesalahan besar. Alhamdulillah jikalau itu matlamat dan niatnya.

Tetapi seandainya perempuan yang baik dan beriman mahu berkahwin dengan lelaki fasik atas dasar kerana mahu mendidik lelaki itu. Adalah tidak digalakkan.

“Kenapa?” Muncul persoalan.

“Bukankah lelaki itu pemimpin wanita? Wanita itu sifatnya lemah lembut? Cuba lihat sejauh mana seorang perempuan mampu mengubah seorang lelaki dengan sifat keegoannya yang tinggi? Mampukah?…”

“Saya bimbang perempuan yang solehah pada asalnya, solat menjadi tiang hidupnya, puasa menjadi makanan jiwanya, Quran menjadi penawar hatinya, hijab menjadi pakaiannya akan lenyap, terhakis lalu tenggelam ditengah-tengah perilaku si suami fasik..”

Saya kurang setuju dan syara’ juga mengambil kira hal ini.

Imam Ghazali pernah membicarakan mengenai faedah bernikah antaranya ialah petunjuk dan satu pengislahan jalan beragama.

Sekiranya berkahwin dengan seorang lelaki fasik menambahkan kefasikan, bagaimana mahu mendapat petunjuk melalui agama Islam dan beroleh barakah?

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?”


Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”


2. Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang kebun, pencuci tandas tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan Mufti, lelaki alim, Qadi dan tokoh korporat.

“Kalau begitu, nampak seperti wujud kasta dan darjat keturunan?”

Perlu difahami, bukanlah sekufu itu mahu membezakan darjat dan keturunan seseorang sehingga menganggap pekerjaan sedemikan rupa sebagai suatu pekerjaan yang hina dina. Akan tetapi sekufu adalah bertujuan memberi kelebihan dan kebebasan pihak wanita dan wali untuk memilih bakal menantunya.

Sudah tentu wali mahu melihat pilihan jodoh anak perempuannya adalah yang terbaik.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
Contoh lelaki yang mempunyai penyakit Aids HIV, gila, sakit kusta atau sopak sudah tentu tidak sama ataupun setaraf dengan perempuan yang sihat.

Selain mendapat malu, dibimbangi juga akan berlaku kemudharatan kepada wanita bilamana berkahwin dengan lelaki berpenyakit sebegitu.

Adakah sekufu antara syarat wajib?

Tidak, cuma dalam masalah sekufu ianya merupakan hak seorang perempuan dan hak walinya.
Sekufu bukanlah antara syarat sah perkahwinan, ia hanya sebagai langkah mengelakkan wanita dan walinya menanggung malu ataupun berlaku kekeruhan rumah tangga kelak. Di antara tujuan sekufu ialah supaya pihak wanita tidak perlu mengubah kebiasaan hidup mereka.

Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud:

“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”

(Riwayat Hakim: 2/163 Beliau mensahihkannya)

Oleh kerana ianya bukan menjadi syarat sah perkahwinan, maka pihak wanita dan wali boleh saja menggugurkan syarat ini mengikut pandangan sendiri. Dengan kata lain, sekiranya wanita dan pihak wali meredhai lelaki yang bakal berkahwin tanpa melihat syarat sekufu maka nikahnya adalah sah.

Wallahhua’lam.

Rujukan:

Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.

Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.

Bahrul Mazi Syarah Mukhtasor Sohih At-Turmuzi, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari.

Friday, January 1, 2016 | 6:56 PM | 0 cakap cakap


hey 2016.

be nice okay?



Labels:

biarkanlah
Tuesday, May 26, 2015 | 10:49 AM | 0 cakap cakap


Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah semuanya
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu


-strong aish-
new me. strong me.
Saturday, April 11, 2015 | 9:02 PM | 0 cakap cakap
perasaan atau rutin..

aku di provok oleh semua org.. haha. kesian weyh..da lah hati acah merana duka dan lara..kena provok bertubi-tubi pulak,.lols. 

semua org cakap rutin. 

aku cuba utk menidakkan.

tapi fikir deep deep..

aci tak kalau nak ckp betul?hmmphh.


bukan tak yakin dgn perasaan sendiri, cuma aku cuba utk yakinkan diri ini adalah rutin..

satu, untuk move on dengan jayanya, 

dua, keseronokan dan kebahagian,dan keexcitedan (ape ke jahanam bahasa aku hihi) seakan akan mcm tak rasa utk empat kali yg tak pernah sampai 5 jam..erk..cuma bahagia akal, hati tak sebahagia akal.kot. disini tak rasa.. tak tau lah disana..kot.. 

tiga, rasa makin mati. cuba hidupkan,tp terus menerus mati.penat.lelah..mohon cabut alat bantuan penafasan..dead..

empat, bukan tak fikir,tp fikir je tak cukup utk bersatu.bukan takde rasa.tp sekelumit rasa tu tak cukup utk bahagia. 

dan aku cuba tanam dlm hati itu hanya rutin enam tahun. rutin. ye rutin.. 

RUTIN. ye,dari kau atau dari aku, itu hanya rutin. 

jom tukar rutin.aku yakin kau jumpa kebahagian lain. 

jgn lagi ckp aku kebahagian kau, sebab aku tak rasa kau bahagia dengan aku. kurang effort,kurang concern, kurang faham, kurang ambil berat, kurang simpati, kurang empati, kurang masa, kurang rasa kasih dan sayang, kurang sedar yg hati aku banyak kali sakit, kurang sedar yg air mate aku ni dah macam takde tujuan lain utk keluar selain dr tujuan ini.haha. aku penat.. sekian..

pegi cari rutin baru. 

org marah aku kenape aku sabar. semua paksa aku utk jadi kental sekental askar.ehh. haha.. okay..dah kental ni. tak nangis dah.. tak gembeng dah..oh smlm aku beli casing phone loreng..acah2 strong lah? haah..okay takde kaitan.kbai,,ehh dah lah. penat. 

new me. strong me. jgn cari jgn pujuk jgn rayu.. to late..i am strong to say no. 





Labels:

suntuk
Wednesday, March 11, 2015 | 9:36 AM | 0 cakap cakap
bismillahirahmanirrahim. :D

second week.hoiiiii dah second weekkkkkkkk! 

dan kau aish? masih berfuya fuya bergoyang kaki bersenang lenang..

pheww.. stress masa sendiri sbb push diri sendiri tapi gagal push.. haha... risau beteii.. roomate semua dah start pulun masuk lab bagai.. wuarghhh.. ape nak buat niiii..  

well last minute is aish, aish is last minute.. tapiii.. come on, ni final year project kottt! 4 jam kredit.. omma.ottoke. T__T

bertabahlahhh.. doakan aku utk lebih bersemangat okayy?

ohh btw, td jumpa ketua jabatan.. tanya pasal program TPM.tenaga pengajar muda.yg bawah kementerian tu.. pastu sir ckp.. "kami mmg akan offer kat you sbb calon first class kan, tp bagus lah kalau you dah request sendiri,insyaallah nnt kami tlg" ..and aku dengan tersipu sipu nye, alhamdulillahhhh.. haha.. insyaAllah okay kot.. tp kena dpt first class lahh.. :') so, by the time dah habis semester, dah kena prepare utk submission borang tu semua. and kena apply uni cepat lah..so IELTS pun kena buat paling lambat in june.. pheww.. ni dah april, nak amek exam ielts bulan june, nak  apply uni bulan july..if Allah izin dapat, bulan 9 dah fly!! maigad.. cepat nyee.. fuhh,, ni bukan berangan okay, ni planning, jadi tak jadi, Allah punya kerja. i just have to do it well.. doakan okay?



lots of love,
aish yg kesuntukan masa



Labels:

the menggelabah ayam
Tuesday, March 3, 2015 | 12:08 PM | 0 cakap cakap
bismillahirahmanirrahim.



Assalamualaikum! ehems, hye awk! eh awak lahhh..ha yg tengah baca tu..hye..  ;p

nak tau takk.. semalam kan.. aku mengahadapi hari yg sgt menggelabah ayam.okay aku cite dulu sinopsis sebelum kejadian.. haha. nak dijadikan cerita, masa cuti hari tu, time aku kat rumah tu kan.. ade lah in coming call..dari fakulti.

"hello assalamualaikum.. ni aisyahira ke ? sy dr pihak fakulti, awk dikehendaki dtg pada hari isnin mggu dpn, 2 mac, utk satu sesi interview"

"hah?interview ape ye?"

"awak adalah salah sorang calon anugerah emas institution of engineers malaysia (IEM).ada 3 org, lagi dua org pelajar elektrik"

ommahhh.. aku like.......errr,, seriously? me? anugerah emas? hadoiii.. cannot brain.. IEM kott.. okay jgn over..calon okay..just calon.. bukan penerima,.kahkah..

tapi, calon pun,, its mean a lot to me.. alhamdulillah Allah izin,stakat ni, aku first ranking dlm fakulti, nak capai tahap ni bukan suatu yg mudah, and aku tak pernah imagine pun,tak pernah terfikir i would be one of best student in academic,, tp Allah bagi jugak, so, konklusinya, nothing impossible oh jyeahh! alhamdulillah :)

okay berbalik kepada cerita td, so smlm adalah hari yg menervouskan aku secara total. ni adalah FIRST interview in my life! yg kena speaking, yg ade 5 org panel, yg kau dihentam dgn soalan yg unexpected.. ohmaiii.. ohh, aku penah kena interview, tp masa nk masuk upnm dulu lah, tu pun bm.. ahh bm, kencang je lah aku nak sembang.. ni nak kena speaking, STUCK..

dah lah panel semua ketua jabatan.. org²  atas.. pastu, masuk2 je introduce diri lah bagai.. pastu soalan nye

 -pasal oil and gas kat pengerang,kaitan dgn environment.blerghh mana aku tau! haha.. glabah habis.. soalan yg paling banyak aku ckm "ermmm... ermmmm.." T____T

 -pasal banjir kat kelantan. punca dr segi hydraulic.aku dah lah tak suka baca news. mati lah.. padan muka utk seorang yg tak tau pengetahuan am mcm aku..sobs.

 -aktiviti kokorikulum aku.

 -kenape suka upnm.. der??haha.. aku jawab sbb aku suka enviroment upnm yg takde fashion ang less social.aku compare ngn uni luar yg banyak gila fashion,, and panel semua gelak kan aku smbil buat muka tak percaya ngn jawapan aku. haha.. lantokk.. 

-if you win this award,what would you say? im speechless. haha.,.kbai.


basically, interview tu mcm krik krik,, well i can say it worse..haha.. sbb aku nervous yg sampai stuck dekat otak yg mcm satu perkataan pun susa nak kluar. haha.. how bad i am.. hahha.. this is my very first time mannn,, come on..

tp the good thing is, i noticed that i have to learn how to control the menggelabah ayam of aish.. haha.. nervous tu kena control weyh..sbb benda ada dlm otak,and i can't spread it out even dgn simple word yg sebenarnya aku tau..tp, it just stuck! haha..teghokk.. aku kadang²  yakin yg aku ni confident in many ways,tp ternyata tidak.. banyak lagi yg kena belajar.. seriously.. and one more thing, communication skills guwa in english teghok betul.. adoii,, cano lah nak amek ielts ni..pheww.. 

well, aku rasa Allah saje nak bagi chance kat aku this time, so that i'll notice something..im too weak.. kena banyak blajar..kena practice.. insyaAllah bole kot..doakan okay?

gold award tu? kahkah.. aku tak letak harapan utk dpt award tu,. nak kena compete ngn semua uni kat malaysia ni,,ya Allah, aku rasa aku belum sampai tahap tu..tak kot..tak mungkin.. bukan negative, cuma berpijak dibumi yg nyata dan sedar tahap diri aku ni kat mana.. haha.. to be short listed ni pun dah alhamdulillah..


******************************

satu lagi cerita menggelabah di hari yg sama.. petang tu aku ade interview to be a tutor kat pusat tuition kat area sg besi.haha..borak itu ini ng cikgu kat tuition center tu, so decide lah aku akan mengajar student spm, subjek lukisan kejuruteraan. haha..saje je try..doing something out of the box.force diri how to handle aku punya final year projek, assgnmnt, class, test and kerja²  as a tutor.. harap2 aku mampu buat semua nya dgn baik.. insyaAllah.. so! esok start kelas ngn student²  tu.. doakan cikgu aish ye! amboii..cikgu..heuheu.. nak develop teaching skill.. al maklum lahhh nak jd lecturer kann.. hiks..kboi.


lama pulak rase menaip ni., haha.. panjang pulak entry.. dah lahh.. nak lunch! laparrr.. bye semuaaa.. assalamualaikum. 



lots of love,
aish si gelabah ayam
kok kok kok


Labels:

im okay
Monday, February 23, 2015 | 7:28 PM | 0 cakap cakap
bismillahirahmanirrahim.

sejak dua menjak tiga menjak bermanjak menjak ni, rajin pulak rase nye ngapdate blog.. haha.. tp cerite hambar berperasaan je lah kan.. well well, aku lebih suka membebel rasa hati kesepian ni kat blog rather than the other social media.  kat dlm blog mcm takde cerita best dan happy dah sebab most of the time update instagram je..so cerita yg acah² tak best dan poyo dan sedikit annoying kite ni tulis kat blog je lah ye,as in here, i guess nobody read..kalau ade pun sape je lah kann..  haha..hye yg bace blog i,,muah ciked.ehh.

ohh btw, im okay now.. getting stronger..  :')

Labels:

Ehh
Friday, February 20, 2015 | 11:38 PM | 0 cakap cakap
"Mak aku mcm berkenan ngn kau lah"

Ehh. Kau ni. Jgn mcm² lahh. Aku baru nak move on ni. Haha. 

Dan dgn slumber nye aku jawab. "Aku dah malas nak fikir. Fikir nak habis kan degree, master je ni, aku ckp ngn mak aku, sape² yg dtg minang, pastu mak aku berkenan, terima je lah.haha"

"Okayy, bagi alamat" 


Lol. Lawak lah ad member mcm ni. Sanggup kah kau nak berkakak ipar kan aku. Kahkah.

Like seriously, aku malas nak fikir dah. Makin fikir makin tak move on. Ehh. Lame sgt dah tak bahagiakan diri sendiri. Aku perlu masa utk diri sendiri dan stop thinking others utk sementara waktu ni. Amboii. Ayat tacing si aish ni kbai 😂

And i've non serious discussion with my mom,haha. Mak aku setuju utk bertanggungjawab dgn semua nya as i have no feeling dah nak fikir hal ni. 😂 so, anyone. Come to my house and meet my family. Ehh. Over nye kau. Serious. Dont text me. Go and find my brothers. Kat fb tu, yg melan omar tu semua family aku la tu. Hahahaha. 

Hashtag shoutout to future zauj. Kohkoh 👻


perasaan atau perasan?
Sunday, February 8, 2015 | 12:04 PM | 0 cakap cakap
bismillahirrahmanirrahim.

aku tak tau kenape. tp few years aku perasan everything like related to me.. tak tau lah aku punya perasaan atau aku yang perasan. tp kalau betul perasaan ni dan bukannya perasan, boleh tak nak ckp Alhamdulillah. i'll say yes.. kahkah.. *cite cite tinggi* 


lots of love,
aish yg perasan. 
lol

Older Post




Copyright© All Rights Reserved. Fully owned by YOU.