+Follow | Dashboard


Aisyahira Melan Omar
Another day, another chance to right the wrongs of yesterday.
aishOSEM?
About | Links
| h o m e | | f a c e b o o k | | t w i t t e r | | i n s t a g r a m |



45953573-10215484187891885-3172632005854625792-n

Heyy you! Assalamualaikum!

Nothing much. Update setahun sekali. Cuma sayang nak delete blog ni sbb dah 11 tahun.
say what!! 11 tahun guysss. haha. So entry byk tu semua zaman hingusan.lol.

Thanks for visiting.
hanya lakaran rasa dari gadis yang penuh perasaan.heuheu.

Be nice here.

-aish-



The Story Begins!



✿ zina hati. ✿
Sunday, July 24, 2011 | 2:38 PM | 0 cakap cakap

“Kami jarang berjumpa. Hanya berhubung dengan YM dan call. Cuma kadang-kadang saya merindui dia dan seringkali menatap gambar dia”.


Zina hati, bukanlah sebenarnya mengkhayalkan zina di dalam imaginasi kita. Tetapi zina hati ini adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan melakukan perkara-perkara yang mendekati zina, tetapi kita tidak melakukan zina.


Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium. Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail dan sebagainya. Maksudnya, kita tidaklah bercouple bersentuh tangan, atau keluar berdua-duaan, atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yang menganggu kebersihan jiwa kita.

Zina hati, biasa berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita. Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta, atau orang yang kita admire. Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina.

Perasan tak, apakah yang ALLAH arahkan kepada kita berkenaan zina?

ALLAH SWT berfirman, “ Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk” (al-israa' 17 : 32)

ALLAH mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina. Bagaimana?

Lihatlah sabda Rasulullah SAW ini, “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"


Lihat, zina mata adalah memandang, zina lidah dalah berkata, dan zina hati adalah keinginan. Bila kita tidak menjaga tatacara perhubungan yang ISLAM dah tetapkan, kita akan terdedah kepada pasangan kita.


Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang, melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang, kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.

Semua ini, menganggu hati. Walaupun teknik bertelefon, bersms, beremail, berYM itu tidak bertemu wajah bersentuh tangan, tetapi hati tetap terganggu. Dan kemungkinan kita, sebelum tidur akan terbayang-bayang terlebih dahulu akan pasangan kita.

Fokus kita untuk kerja-kerja lain pun akan terganggu. Malah berkemungkinan, kita akan mengingatinya walaupun waktu solat dan membaca al-quran. Lebih teruk lagi, kita akan lalai, bertelefon, bersms, beremail, berYM hingga membazir wang dan masa. Bagaimana? Adakah ini satu perkara yang baik?





Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita.


Zina hati ini, oleh kerana namanya pun zina hati, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menangkapnya melainkan diri kita sendiri. Maka kes ini adalah AMANAH. Kita sahaja yang dapat menyedarinya apakah kita ini sudah dijangkiti zina hati atau tidak. Tetapi biasanya, bila manusia terjangkit dengan penyakit ini, dia sukar untuk sembuh. Maka perkara yang terbaik adalah menjauhinya.


Sebab itulah ayat zina itu dinyatakan dengan arahan tidak mendekati.





Labels:


Older Post . Newer Post




Copyright© All Rights Reserved. Fully owned by YOU.