+Follow | Dashboard


Aisyahira Melan Omar
Another day, another chance to right the wrongs of yesterday.
aishOSEM?
About | Links
| h o m e | | f a c e b o o k | | t w i t t e r | | i n s t a g r a m |



45953573-10215484187891885-3172632005854625792-n

Heyy you! Assalamualaikum!

Nothing much. Update setahun sekali. Cuma sayang nak delete blog ni sbb dah 11 tahun.
say what!! 11 tahun guysss. haha. So entry byk tu semua zaman hingusan.lol.

Thanks for visiting.
hanya lakaran rasa dari gadis yang penuh perasaan.heuheu.

Be nice here.

-aish-



The Story Begins!



✿ kau dan aku punya pilihan ✿
Monday, January 6, 2014 | 10:24 PM | 0 cakap cakap
bimillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

apa khabar hati? apa khabar iman?
aku?
hati parah.
iman alhamdulillah.
rising insyaallah.

hari ni hati nak bercerita, 
jari jemari penuh tawadu'
menghulur bantuan menyelunsur papan kekuci.



hidup,
kau bukan berseorangan.
keliling punya insan bergelar teman.
sama ada kau suka atau tidak,
pasti ada diantara mereka yang suka kan kau, 
atau mungkin juga tidak.

kerana Allah jadikan manusia 
dengan hati dan jiwa yang berbeza.
siapa kau nak melawan karma hidup dari Allah?

hati dan jiwa, 
hati hati sahabat,
jaga elok hati kau,
jaga molek jiwa kau.
jangan simpan dengan hasad
jangan penuh dengan dengki.

mari sini,
dekatkan hati kau dan hati aku,
biar hati aku berbicara hari ni.
biar hati aku bercerita,
tentang apa?

tentang pilihan.
kau ada dua pilihan utk menerima kekurangan insan sekeliling.
sekali pun mereka tidak "sebulu" dengan kau, 
kau masih punya pililhan.
sekali pun mereka menyakitkan hati kau,
kau masih punya pilihan.
sekali pun mereka buat hati kau parah menanah,
kau masih punya pilihan.
sekali pun mata kau melihatnya penuh amarah
kau masih punya pilihan.

pilihan pertama, 
lihat dengan mata amarah, hati terima dengan sumpah seranah.
dengar mereka bersuara,telinga menanah ,jiwa benci meronta-ronta.
hati terus menerus membenci,..
tanpa sedar, kau juga insan biasa,
yang terkadang penuh dosa.
tanpa sedar,kau juga ada kekurangan,
yang bisa buat org berang.
tanpa sedar, kau juga tak sempurna,
tapi sibuk mengharapkan org lain sempurna,
sempurna dimata kau,untuk jaga hati kau seorg.untuk buat kau tenang,
ahh kau siapa? kau juga insan. sedar.

pilihan kedua,
lihat dengan mata amarah, hati dan lidah pasak zikrullah.
dengar mereka bersuara,telingan menanah, istighfar jadi penyudah 
hati belajar untuk menerima,
hati sedar mereka insan biasa
hati sedar Allah datangkan ujian dari insan sekeliling,
hati sedar Allah sedang mengajar cara untuk urus jiwa dan rasa
agak tak mudah terus membenci,
agar tak mudah terus menerus mencaci,

kerana Allah jadikan manusia,
berbeza beza rasa dan suka.
berbeza beza fikrah dan fitrah
berbeza beza ideologi dan mentaliti.

apa kau bole buat?
terima dan terima
terima dengan penuh redha,
terima dengan kematangan, matang akal dan jiwa.
terima dengan penuh kebergantungan pada Allah,200%.
terima dengan kasih sayang walau dibalas caci dan benci
doa doa dan terus berdoa, 
agar kita semua tak terjebak dalam benci membenci.

aku?
aku masih belajar untuk memilih pilihan kedua.
ye, sedang berusaha keras untuk sentiasa teguh dengan pilihan kedua.
bukan berlagak baik,aku mmg impikan untuk jadi baik.

mohon doa kalian, 
untuk aku tetap hati dan rasa,
agar sentiasa berbaik sangka dengan segalanya.


-pendosa yg berusaha untuk sentiasa husnudzon-




Labels:


Older Post . Newer Post




Copyright© All Rights Reserved. Fully owned by YOU.