+Follow | Dashboard


Aisyahira Melan Omar
Another day, another chance to right the wrongs of yesterday.
aishOSEM?
About | Links
| h o m e | | f a c e b o o k | | t w i t t e r | | i n s t a g r a m |



45953573-10215484187891885-3172632005854625792-n

Heyy you! Assalamualaikum!

Nothing much. Update setahun sekali. Cuma sayang nak delete blog ni sbb dah 11 tahun.
say what!! 11 tahun guysss. haha. So entry byk tu semua zaman hingusan.lol.

Thanks for visiting.
hanya lakaran rasa dari gadis yang penuh perasaan.heuheu.

Be nice here.

-aish-



The Story Begins!



✿ ATYCHIPHOBIA=FEAR OF FAILURE ✿
Saturday, August 25, 2018 | 4:34 PM | 0 cakap cakap
#repostfromfacebook

Bismillah. Pertama dan selamanya, Alhamdulillah.
So, the end of master journey. But before that. Nampak tajuk capslock kat atas? Haha. Mcm biase, mmg suka bebel² share drama hidup kat sini bila result kluar. Lol.
Semester 3 was really tough for me. Untuk pertama kali dalam sejarah hidup seorang aisyahira, fail. Dan utk pertama kali jugak merasa pointer bawah 3. Fuhh. Mcm mana boleh fail? Aku anggap Allah betul² uji aku. Aku fail master project. Which is thesis aku. Thesis aku generally menggunakan software. Simulation pasal behavior of steel fibre RC. Okay,so the problem start when modeling aku tak come out with result yg sepatutnya. Senang cite resultnya tak betul, dan tak logic. Puas fikir, puas buat, discuss dgn co-sv, die pun tak tau mana silapnya. Kau bayangkan lah org yg master, phd die guna software tu, even die mengajar software tu, pun tak dpt nak cari mana silapnya. Aku? Lagi lah tak tau! Modelling semua aku buat ikut procedure. Dan sepatutnya mmg dapat. Towards the end of semester still tak dpt. Tahap stress aku mmg tak boleh describe. Jenis everyday nangis, menjerit dlm kereta, nangis esak2,mata bengkak setiap hari,stress. Tp tak sampai tahap depress lah kot,almost lah kot. Mujur tak. Taknak ngaku depress nnt kena kecam mcm hakim rusli. Wakaka. 🤣 Tp i do have feeling mcm nak panjat bangunan tinggi, nak berdiri tengah jalan pastu kena langgar, nak bawak kereta laju2 sampai accident, nak pegi laut sampai lemas. Aku ade perasaan mcm tu. Ye wehh, tak tipu. Die mcm kau stress dgn diri sendiri sbb kau seolah2 tak bertuhan. Aku solat, aku doa, aku mntk sungguh2 kat Allah.but still, i have no idea which part of my self yg mcm orang takde iman dan tak redha dgn ujian Allah. So benda tu mcm add on rasa stress. Kenape nak kena rasa teruk gila mcm the end of life. Kenape mcm org takde tuhan. Aku marah dgn diri sendiri 😭 i feel so bad masa tu. Then i realize that aku ade rasa fear of failure.phobia. bila aku study the symptoms, aku cuak sbb aku ade most of the symptoms. Masa tu tahap cuak tu mcm wehhh aku nnt jadi gila ke, nak kena jumpa psychiatrist ke. Gelabah.
Antara symptom nye, averseness of trying new things. Aku prasan benda ni aku ade dr dulu. Tp aku tak tau pulak its a symptom of phobia. Aku mmg tak suka buat benda baru, lebih2 lg benda yg aku rasa mcm tak boleh. Sbb aku sangat takut fail. Boleh imagine tak, tahap aku takut tu smpai kalau buat kek tak jd pun aku boleh meradang sbb fail. Aku takut nak kerja sbb aku takut tak perform. Aku takut nak kluar dr comfort zone aku sbb aku takut fail. You know when it comes to phobia, mcm org phobia dgn gelap yg kena kurung dlm tempat gelap, atau org phobia dgn lipas yg kena kurung dlm sarang lipas. Kau rasa nak mati weh. Sama lah mcm org phobia dgn fail. Mcm rasa nak mati 😭 Mengenang kan transkrip aku nnt ade fail, aku punya kusut tu ya Allah. Dan lg teruk, sbb aku ni agak perfectionist kot,life aku, kerja aku, i always sort things out. So benda tu yg buat aku lg stress sbb aku tak berjaya manage study aku, thesis aku. Bila things goes differently from what i’ve planned,my heart breaks. Symptom lain, anxiety yg sgt teruk, jantung berdegup laju, muntah2, dan paling teruk dry lips yg sgt dashat. Haha. Masa aku study symptom2 ni mcm weh cuaknya kalau depress ke gila ke ape. Hahaha. Drama. So before end of sem 3 tu, aku try pujuk diri sendiri, “it’s okay to fail aish” ulang seribu kali. Aku takut sgt masa tu. Serious. Takut fail yg sgt takut gila ya tuhan. I cannot explain mcm mana rasa takut sampai rasa nak pegi tengah jalan pastu kena langgar pastu koma. Hah. Mcm tu.
Until then, baru aku faham tentang stress and depression. Before this, aku berpendapat mcm org yg depress ni adlh org yg tak kuat iman, atau tak igt tuhan. But to be frank, it is two different thing. You’ve tendency to do something crazy. Tak tau mcm mana nak explain. Haha. Aku sampai naik bukit cerapan kat utm tu. Tetengahari, sorg2, drive through hutan tu sampai puncak. Da sampai atas tu rasa mcm nak golekkan diri kebawah. Haha! mujur mind masih conscious, alhamdulillah hidup lg. Hahahaha.
So masa nak dekat raya tu, aku pegi ofis sv aku, dan ckp nak extend. Sbb dah tak tau dah nak buat mcm mana. Patah hati sungguh masa tu. Sedih. Frust. Down. Then aku tutup lah laptop aku for few weeks, beraya dgn perasaan cuba redha dgn failure aku. Then, after 2 weeks raya, dah register short sem, aku ngadap lah balik modelling tu. And i tell you what, aku run model aku, and the result keluar nice gila. I mean result yg sepatutnya lah. Without major change. Model yg sama, properties detail yg sama. It gave me the right analysis. Masa tu kan, tak tau nak rasa ape. First mmg rasa bersyukur, tp mcm,hmm, kau faham tak aku extend sbb tak dpt good analysis, tetibe with the same modeling, run after few weeks, dapat pulak. Ya Allah. Mmg masa tu aku faham lah yg Allah betul2 nak uji aku dan nak bg aku rasa fail. Bukan sebab kerja aku tak betul, tp mmg sbb Allah nak uji. Allahu. Dan dari situ aku belajar utk redha. Bila kluar result, ade E. Sepi gila pandang pointer 2.33 tu.haha.
Tp takpe lah. Aku dah redha. Walaupun aku habis semua saving aku utk bayar yuran utm yg mahal. Hahaha. Pastu kena bayar lg yuran short sem. Fuhh. Sape nak kawin dgn aku tunggu jap eh, bg aku bernafas kumpul duit semula sbb my saving semua dah habis. Wakaka! K iklan plak. Lol. So, i did my short sem and complete before dateline. So here it is. Finally! The end of master journey! If you ask me nak sambung phd ke tak. Jawapanya tak! Hahahahaha. Tp tak tau lah 2-3 tahun lg. Utk skrg omg taknak. Penat. Aku tak tau lah, ade org ckp master sng dr degree. Tp bg aku, pressure master lg dashat dr degree. Ikut org lah kot. Aku kategorikan master journey aku mmg full of drama and ujian. Mungkin sebab masa buat degree aku jarang sedih kot. Allah adil babe. Haha lesson learned!
So!! Road to graduation. Master of Engineering (Structure), Universiti Teknologi Malaysia, with CGPA 3.85 😎 fyi, tak cemerlang mana sbb classmate aku ramai je yg 3.9+ 🤷🏻‍♀️ yet, i am still proud of myself!
Weh panjang nye drama! Haha. Sape baca sampai habis tuntut ketupat! Haha nak raya haji kan. Lol🤣

x

Older Post




Copyright© All Rights Reserved. Fully owned by YOU.