+Follow | Dashboard


Aisyahira Melan Omar
Another day, another chance to right the wrongs of yesterday.
aishOSEM?
About | Links
| h o m e | | f a c e b o o k | | t w i t t e r | | i n s t a g r a m |



45953573-10215484187891885-3172632005854625792-n

Heyy you! Assalamualaikum!

Nothing much. Update setahun sekali. Cuma sayang nak delete blog ni sbb dah 11 tahun.
say what!! 11 tahun guysss. haha. So entry byk tu semua zaman hingusan.lol.

Thanks for visiting.
hanya lakaran rasa dari gadis yang penuh perasaan.heuheu.

Be nice here.

-aish-



The Story Begins!



✿ ATYCHIPHOBIA=FEAR OF FAILURE ✿
Saturday, August 25, 2018 | 4:34 PM | 0 cakap cakap
#repostfromfacebook

Bismillah. Pertama dan selamanya, Alhamdulillah.
So, the end of master journey. But before that. Nampak tajuk capslock kat atas? Haha. Mcm biase, mmg suka bebel² share drama hidup kat sini bila result kluar. Lol.
Semester 3 was really tough for me. Untuk pertama kali dalam sejarah hidup seorang aisyahira, fail. Dan utk pertama kali jugak merasa pointer bawah 3. Fuhh. Mcm mana boleh fail? Aku anggap Allah betul² uji aku. Aku fail master project. Which is thesis aku. Thesis aku generally menggunakan software. Simulation pasal behavior of steel fibre RC. Okay,so the problem start when modeling aku tak come out with result yg sepatutnya. Senang cite resultnya tak betul, dan tak logic. Puas fikir, puas buat, discuss dgn co-sv, die pun tak tau mana silapnya. Kau bayangkan lah org yg master, phd die guna software tu, even die mengajar software tu, pun tak dpt nak cari mana silapnya. Aku? Lagi lah tak tau! Modelling semua aku buat ikut procedure. Dan sepatutnya mmg dapat. Towards the end of semester still tak dpt. Tahap stress aku mmg tak boleh describe. Jenis everyday nangis, menjerit dlm kereta, nangis esak2,mata bengkak setiap hari,stress. Tp tak sampai tahap depress lah kot,almost lah kot. Mujur tak. Taknak ngaku depress nnt kena kecam mcm hakim rusli. Wakaka. 🤣 Tp i do have feeling mcm nak panjat bangunan tinggi, nak berdiri tengah jalan pastu kena langgar, nak bawak kereta laju2 sampai accident, nak pegi laut sampai lemas. Aku ade perasaan mcm tu. Ye wehh, tak tipu. Die mcm kau stress dgn diri sendiri sbb kau seolah2 tak bertuhan. Aku solat, aku doa, aku mntk sungguh2 kat Allah.but still, i have no idea which part of my self yg mcm orang takde iman dan tak redha dgn ujian Allah. So benda tu mcm add on rasa stress. Kenape nak kena rasa teruk gila mcm the end of life. Kenape mcm org takde tuhan. Aku marah dgn diri sendiri 😭 i feel so bad masa tu. Then i realize that aku ade rasa fear of failure.phobia. bila aku study the symptoms, aku cuak sbb aku ade most of the symptoms. Masa tu tahap cuak tu mcm wehhh aku nnt jadi gila ke, nak kena jumpa psychiatrist ke. Gelabah.
Antara symptom nye, averseness of trying new things. Aku prasan benda ni aku ade dr dulu. Tp aku tak tau pulak its a symptom of phobia. Aku mmg tak suka buat benda baru, lebih2 lg benda yg aku rasa mcm tak boleh. Sbb aku sangat takut fail. Boleh imagine tak, tahap aku takut tu smpai kalau buat kek tak jd pun aku boleh meradang sbb fail. Aku takut nak kerja sbb aku takut tak perform. Aku takut nak kluar dr comfort zone aku sbb aku takut fail. You know when it comes to phobia, mcm org phobia dgn gelap yg kena kurung dlm tempat gelap, atau org phobia dgn lipas yg kena kurung dlm sarang lipas. Kau rasa nak mati weh. Sama lah mcm org phobia dgn fail. Mcm rasa nak mati 😭 Mengenang kan transkrip aku nnt ade fail, aku punya kusut tu ya Allah. Dan lg teruk, sbb aku ni agak perfectionist kot,life aku, kerja aku, i always sort things out. So benda tu yg buat aku lg stress sbb aku tak berjaya manage study aku, thesis aku. Bila things goes differently from what i’ve planned,my heart breaks. Symptom lain, anxiety yg sgt teruk, jantung berdegup laju, muntah2, dan paling teruk dry lips yg sgt dashat. Haha. Masa aku study symptom2 ni mcm weh cuaknya kalau depress ke gila ke ape. Hahaha. Drama. So before end of sem 3 tu, aku try pujuk diri sendiri, “it’s okay to fail aish” ulang seribu kali. Aku takut sgt masa tu. Serious. Takut fail yg sgt takut gila ya tuhan. I cannot explain mcm mana rasa takut sampai rasa nak pegi tengah jalan pastu kena langgar pastu koma. Hah. Mcm tu.
Until then, baru aku faham tentang stress and depression. Before this, aku berpendapat mcm org yg depress ni adlh org yg tak kuat iman, atau tak igt tuhan. But to be frank, it is two different thing. You’ve tendency to do something crazy. Tak tau mcm mana nak explain. Haha. Aku sampai naik bukit cerapan kat utm tu. Tetengahari, sorg2, drive through hutan tu sampai puncak. Da sampai atas tu rasa mcm nak golekkan diri kebawah. Haha! mujur mind masih conscious, alhamdulillah hidup lg. Hahahaha.
So masa nak dekat raya tu, aku pegi ofis sv aku, dan ckp nak extend. Sbb dah tak tau dah nak buat mcm mana. Patah hati sungguh masa tu. Sedih. Frust. Down. Then aku tutup lah laptop aku for few weeks, beraya dgn perasaan cuba redha dgn failure aku. Then, after 2 weeks raya, dah register short sem, aku ngadap lah balik modelling tu. And i tell you what, aku run model aku, and the result keluar nice gila. I mean result yg sepatutnya lah. Without major change. Model yg sama, properties detail yg sama. It gave me the right analysis. Masa tu kan, tak tau nak rasa ape. First mmg rasa bersyukur, tp mcm,hmm, kau faham tak aku extend sbb tak dpt good analysis, tetibe with the same modeling, run after few weeks, dapat pulak. Ya Allah. Mmg masa tu aku faham lah yg Allah betul2 nak uji aku dan nak bg aku rasa fail. Bukan sebab kerja aku tak betul, tp mmg sbb Allah nak uji. Allahu. Dan dari situ aku belajar utk redha. Bila kluar result, ade E. Sepi gila pandang pointer 2.33 tu.haha.
Tp takpe lah. Aku dah redha. Walaupun aku habis semua saving aku utk bayar yuran utm yg mahal. Hahaha. Pastu kena bayar lg yuran short sem. Fuhh. Sape nak kawin dgn aku tunggu jap eh, bg aku bernafas kumpul duit semula sbb my saving semua dah habis. Wakaka! K iklan plak. Lol. So, i did my short sem and complete before dateline. So here it is. Finally! The end of master journey! If you ask me nak sambung phd ke tak. Jawapanya tak! Hahahahaha. Tp tak tau lah 2-3 tahun lg. Utk skrg omg taknak. Penat. Aku tak tau lah, ade org ckp master sng dr degree. Tp bg aku, pressure master lg dashat dr degree. Ikut org lah kot. Aku kategorikan master journey aku mmg full of drama and ujian. Mungkin sebab masa buat degree aku jarang sedih kot. Allah adil babe. Haha lesson learned!
So!! Road to graduation. Master of Engineering (Structure), Universiti Teknologi Malaysia, with CGPA 3.85 😎 fyi, tak cemerlang mana sbb classmate aku ramai je yg 3.9+ 🤷🏻‍♀️ yet, i am still proud of myself!
Weh panjang nye drama! Haha. Sape baca sampai habis tuntut ketupat! Haha nak raya haji kan. Lol🤣

x
✿ drama disebalik result. lol. ✿
Friday, February 9, 2018 | 6:14 PM | 0 cakap cakap

Pertama dan selamanya alhamdulillah. Hadza min fadhli rabbi. :’) 



So! Second sem, 3.87. Aku mmg jarang berjodoh dgn 4flat..haha. Tragis. Tp alhamdulillah. Allah tahu yg terbaik..so again, post panjang. Mcm biase lah, mmg suka buat blog kat sini. Sbb suka nak share behind the scene. Lol. Because it’s not like what you think. Did anybody think anything? Haha. Shut up. Aku nak cerita jugakkk 

Well to be honest, sepanjang semester 2 yg obviously lagi mencabar dr sem 1, aku tak meletakkan harapan tinggi pada awal semester. Serious, assignments banyak gila, project pun mencanak², but the good thing was i managed to complete the task before date submission, kecuali group project subject precast yg penuh dgn liku kehidupan tu. Yg tu hantar the last day of submission date. Haha. Ngam2.Tu citer jap lg. Ok back to the topic, lesson learned dr sem 1, mmg tak boleh buat perangai last minute. So, benda yg paling proud bukan result, tp ability to overcome the bad side of me yg mmg suka buat kerja last minute.haha.sampai adik bradik aku ckp aku bersawang lah duduk bilik. Tp takde lah semua benda pun perform siap awal. Ade lah yg kecundang jugak. Well at least better than before. As time flies, aku firm dgn decission nak go for straight A’s utk sem ni. Mmg target semua boleh makan lah kecuali subject precast concrete tu mcm cuak gak tp rasa bole kot (which is aku dpt A thank God!) PRECAST CONCRETE subject yg paling stress, yg kau masuk kelas, most of the time lecturer cuma sembang dgn gambar construction project je. Weyh sepanjang sem mmg blur habis. Dgn kena buat group project yg stressfull sbb satu group dgn foreigner yg fussy gila ya tooohannn. Dgn part aku tak siap2 sbb tak dpt jawapn and lecturer pun tak boleh nak detect silapnya. Dengan aku kena compile semua org punya part tp sbb aku ocd so jd extra stress tgok the boys punya font and margin and format yg huru hara. Sumpah stress weyh. And finally we manage to submit report yg tebal gilaaaa. 

Tiba hari exam. First paper was fine alhamdulillah. Then, paper Structure Analysis, subject yg boleh dikatakan favourite lah jugak. And aku sgt lah yakin and target A.revision gone very well. Tp aku stuck dlm dewan exam. Serious weyh. Tak sempat buat. Tak sempat check. Yg buat tu pun semua tak confirm. Aku jd mcm blur gila padahal masa study rasa dah faham dah. Sedih gila serious.and aku rasa aku fail. Serious rasa fail dgn ape yg aku buat (Mesti org ckp aku propa, tp org tak rasa perasaan aku kecewa masa tu tak dpt jawab dgn baik) tp alhamdulillah Allah bg aku B+ 🙂 Allah is sooo baik you know! Ok now precast concrete,after dah submit project tu igt dah lepas dgn azab precast. Rupanya tidak. Haha. Precast punya exam lagi tragis. Sehari sebelum tu mcm biase lah baru nak revise. The thing is tak tau nak study ape. Satu hal. Dah sepanjang sem kau tak tau ape yg dah blajar, so tak tau lah nak study ape. Stress dr pagi sampai ke malam. Malam tu, dlm pukul 10 kot (which is esok nye kau exam tp tak faham satu ape pun),,turun bawah. Tgok muka mak,pastu nangis. Weyh nangis gila weyh. Bukan nangis yg sebak2 tu, nangis yg teresak2. Peluk mak nangis lagi. Mak sampai bg air baca2 selawat kau tau! Punya lah aku mcm kena rasuk dgn hantu precast. Hahahaha! Tragik weyh. Lama gak aku duduk bertenang kat bawah. Baring kat riba mak. Weyh ni baru master, aku tak tau kalau aku amek phd kat riba sape lg aku nak baring. Wakakaka. Pastu naik atas sambung study, tido 2 jam je before exam. Mmg pulun habis. And dpt lah jawab dgn tenang, and taraaaaa A! Puas hati aku! Dah meroyan satu sem, nasib baik dpt A subject tu. Hahaha. Dramatic kan cerita? 🤣🤣 

What is so important with an A? Important lah bg aku. Walaupun mungkin tak important bg org lain. sebab mak happy bila result aku cantik, so everything yg buat mak happy adalah benda yg important. Get it? And obviously, kepuasan utk diri aku. 

To be true, yes result tak 100% menjamin masa dpn yg cerah atau peluang kerja yg hebat. I know it well. Aku dah hadap zaman result tak laku masa degree. Tp being me, i always wanted to do the best in every single thing yg aku buat. Tapi, sape yg stay dgn aku tau lah aku punya clumsy dan gelabah dan blur nye mcm mana. Somehow aku pun tak sure mcm mana aku boleh dpt good result (aku rasa good enough lah) sedangkan aku slalu blur and bahasa kasar nya mcm bodoh gila dlm kelas. Hahaha. Serious weyh, kadang² benda fundamental engineering pun mcm lembab gila nak paham. Ape lah masalah. Tp ntah lah. Allah slalu bagi the best utk aku, segan weyh dah lah kuat melagha pastu slalu lalai, tp still Allah bg yg baik². Allahu. Tak boleh nak claim byk. Allah always give me more. Alhamdulillah. 

Cop, apehal mcm panjang gila aku type. Jap, sape yg dah baca sampai sini? Serious ade org baca? Hahahaha. Maceh muah ciked. 😂 

Takde lah. Saje nak share how i feel and to come out with a conclusion, tak semua yg kita nak kite kena dpt, tp ape yg kite dpt adalah yg terbaik utk kita. Because Allah is the best planner. Kau confident dgn study kau pun, kalau dlm dewan exam kau stuck, kau stuck jugak. Applicable to our life. The least we can do is to try our best, doa, leave it to the best planner, and always be grateful. 

Sekian, sape habis bace claim gula² k. Tq lah sudi baca. Hahaha. So, sis ade lagi satu semester! Doakan yg baik² k. Jazakalllah! 

Labels:

✿ dua kosong satu tujuh ✿
Monday, February 5, 2018 | 1:23 AM | 0 cakap cakap
hye guys! Assalamualaikum.

It's 2018! the last post was on 2016. haha. baru nak cipta rekod nak tulis blog setahun sekali tp 2017 tak post anything.. lol.. well, it's good to be here. again! so, throwback 2017 sikit lah. shall we? (sbb 2017 takde post pape,tak kiraaa nak cerita 2017  jugak walaupun skrg dah 5th feb 2018. haha)

2017,
Sambung belajar. Master of Engineering (Structure). It was hard. not as what i've expected. banyak blajar benda advance. project melanah lanah (read too much). Assignment susah, project susah, pressure overload. omg. but i've survived 2 semester. Alhamdulillah. Result dua² sem ni alhamdulillah. Tp tahap susah dlm study ni lagi stress bila kite mengadu kat org, kite ckp study stress, tapi org tak percaya dan org ckp kite propa. haha. stress weyh. if only you guys trust me, it was not easy. T____T  its okay! aku assume semua doakan aku yg terbaik. haha..

2017,
spending time more dgn mak. happy mom happy me. Alhamdulillah. dpt bakti kat mak. jadi cinderelalala. i feel so gooooddddd. 

2017,
Gain too much kilos. to be exact, 10 kilos lepas degree (2years at home). haha..gila. serious gila. murung weyh baju semua tak muat. wakakaka.. ye lahh..nak diet lah ni. kbai. 

2017,
bestfriends tukar status. ade yg kawin. ade yg bertunang. well, sedikit sebanyak memberi kesan dlm hidup aku. haha. jenis sayang kawan, bile diorg tukar status rasa kehilangan. a bit. but im happy for them. :') before this kawan² lain kawin tak rasa sgt, tp bila kawan rapat yg we used to share everything, feeling losing lah jugak. haha.emo kan? serabut lah kau aish. tak lahhh.. aku ok je. saje je nak bg tau aku rindu kawankawan. lol. somehow, 2017 ajar aku yg there's no such things as bff. best friend forever tu dah tak valid once masing2 ade commitment lain. masing2 ade life, and you'll not be as important mcm dulu. so yeah, belajar utk melepaskan. belajar untuk memahami. belajar untuk jadi matang, bersyukur dan menghargai what's left. :')

2017,
seeking for love like hell. haha! sumpah weyh, rasa menyesal pun ade. to be true, 2017 adalah tahun aku mencari bahagia tp tak jumpa.haha. cari yang like seriously cari. hahahaha. teruk tak teruk lah perangai. baitul muslim, tinder, till jannah, you name it! gila. sbb on that time rasa mcm gelabah umur 25 tapi takde kawan. gelabah kan? skrg baru rasa wth kau nak kena rasa macam tu. lepak lah. annoying. kenal dgn macam² org, ade yg best ade yg tak, ade yang annoying ade yg acah  ustaz, ade yg pick up line melampau2 pastu sepi. wakaka. tapi, ade yang dah bg bahagia, tp berlalu pergi after all, pffttt. tak, die jadi mcm culture shock sbb kau dah lama tak rasa acah2 bercinta, tetibe dah jumpa someone yg kau happy to be with, someone yg suit you very well (on that time lah lol).tetibe gone.hihi. tp takpe lah. everything happened for a reason kan? haha sedapkan hati. lesson learned. dlm proses mengenali ni kena relax² je tak payah over feeling ye dak. haha. padahal busy study, tapi kemain galak cari partner. mujur aku dah realize i shouldnt do that,so 2018 tanpa cinta lah. believe me. tak cari dah. serious. 😬


so!! tu je lah summary 2017. haha. so kite tutup entry ni dgn gambar umur #sukuabad. haha.  





oh ye, happy 2018! insyaAllah will be posting blog more frequent. because i miss to bebel like this. the fact that i know no one will read,i just write for myself lah.haha..foreversepi. bye gais.


xoxo,
aish
050218;0116


x

Labels:

✿ perasaan setahun. ✿
Friday, December 9, 2016 | 12:17 PM | 0 cakap cakap
*c&p post dari fb utk tatapan anak-anak ummi nnt..hahaha.. ;p

first and foremost, alhamdulillah summa alhamdulillah. :)
*post panjang luahan hati jiwa raga*
Dulu masa degree mmg berangan nak sambung master phd segala. Mmg dah determined habis lah that time. And mmg nekad nak buat master kat oversea. Masa final year mmg dah research course,university,fees,entry requirement semua. Graduate oct 2015,plan nak fly sept 2016. Fuhh. Keinginan membara sungguh.

After graduate, aku mmg tak terus apply kerja mcm kwn² lain. Ramai yg dah kerja lepas grad sbb sementara nak tggu graduation day ade 2 bulan free. Masa tu mmg ramai dah start cari kerja. Dan aku? Tak apply mana² langsung. Haha. Alasan, nak rehat, penat belajar 4 tahun. Lols. Mujur lah dpt family yg superosem,tak pernah lah tak cukup makan. 😂 cuti secuti cutinya aku sampai ke december. Mmg takde buat ape. Duduk rumah, kemas rumah, jemur baju, angkat baju, lipat baju,mop rumah, basuh toilet, kemas dapur. Mmg niat nak duduk rumah tlg mak. As time flies, aku baru sedar yg aku tinggalkan rumah for almost 8 years. Dari form 4 sampai degree, duduk hostel. Dlm 8 tahun tu jugak aku korbankan quality time aku dgn family especially mak.

Ayah pergi masa aku form 5,baru 2 tahun duduk hostel.2 tahun quality time aku korbankan. And until now, tipu kalau aku ckp aku tak terkilan tak spend masa sungguh² dgn ayah. Wallahi, aku rindu sgt. And how i wish i can turn back time. So this time around, i wont repeat the same thing. Sepanjang duduk kat rumah, tgok mak, tgok mak uruskan rumah, that time lah aku rase aku taknak tinggalkan rumah lagi. Segala ape yg aku plan utk buat master kat luar tu semua, mmg aku kuburkan. Sbb tak nak dah hilang ruang dan peluang utk bersama family.

January 2016 baru aku start cari kerja. Masa belajar dulu aku dimomok kan dgn satu stigma "bukan semua pelajar cemerlang dpt kerja" / "pointer tinggi tak menjamin masa dpn" /"syarikat lebih gemar graduan pointer rendah" yg penting skill bla bla bla. Haha. Aku tak tau lah, mmg benda tu yg berlegar² dlm kepala. So yeah! Aku graduan kelas pertama, tp kerja tak memihak pada aku. So masa tu aku cuba pujuk hati, oh come on, Allah tu maha adil, here is the deal. Allah bg aku everything yg aku nak sebelum ni, everything. Family yg baik, kwn2 yg baik, life yg baik, study tak pernah tak cemerlang, gitteww. Hahaha. So, biar lah Allah nak duga sikit kan? As in kwn2 yg dah dpt kerja awal tu semua dah kena uji dulu masa study. Kan? So aku stick pada fakta Allah maha adil. Tp tipu lah tak stress, kau first class honor, best student, tp takde org nak hire kerja. Kau rasa? Gila tak give up. Tp takde org tau ape aku rasa masa tu 😭 hopeless gila. Nasib baik ade mak, aka bestfriend dunia akhirat! Never fail bagi semangat.

Okay so! Aku pun ambik pendekatan nak start bisnes. Mula lah episod aish si penjual canvas! Masa baru start bisnes 2 weeks, mmg order berpusu pusu masuk, tak menang tangan, and masa tu aku dpt offer kerja. Oh mannnn. Aku baru excited nak buat bisnes. Haha. Maka jadi lah seorang engineer di sebuah syarikat C&S consultant. Kerja punya kerja, kenape kerja tak bestttt. Hahaha. Aku tak rasa happy. Jenis aku, jarang buat benda yg aku rase tak happy. Masa tu lah jugak rasa tanak jadi org besar! Rasa down sgt,confuse life macam mana yg aku nak untuk hidup aku ni. Huru hara, depressive, stress, tak happy. All in one. Pergi kerja, balik kerja, penat tido. Takde life aku rasa. Pastu ade lah few things yg membuatkan aku rasa tak happy dgn working environment segala. Hmmm.

After 2 months, aku decide utk berhenti.dan nekad utk full time business. Masa tu mak mcm tak setuju dgn aku. Ye lah, mmg impian aku dulu nak sambung blajar pastu jd lecturer. Sbb aku sgt passionate bab² mengajar ni. Sepatutnya aku sambung master sept 2016. Tp disebabkan nafsu nak jd bisnes girl sgt.aku tak apply pun master intake sept. Mak disappointed sgt. Tp ntah lah. Rase mcm dah firm sgt ngn keputusan diri sendiri. As time flies, aku keep going dgn business pondok² aku tu. Hahaha. Sambil² jd tutor mengajar budak skolah. And dunia bisnes ni tak semudah yg kita bayangkan masa pegi kelas imkk. Haha. It is not easy. Self development, kena push diri sendiri, kena rajin. Sedih pedih. Haha. And lagi skali aku mengalami keadaan rasa tak berguna, rasa tak maju, rase apa nak jadiiiii dgn hidup aku ni. See, dalam setahun ni, aku akui, aku byk stress dari happy..stress tak tau mana nak hala hidup aku ni. Haha. Kecelaruan identiti.

And bulan 9 hari tu aku decide utk sambung blajar. Sbb mak memang nak sgt tgok aku sambung master. Aku rase dlm setahun ni takde ape yg aku sumbang kat dia, so why not aku buat die happy sbb ni impian dia,and used to be impian aku jugak dulu. Haha. Used to be eh. 😂 tp skrg dah impian semula. Lols. You know what, bila aku ckp aku apply master, and obviously kat utm je sbb tanak duduk hostel lagi dah, mak punya lah happpppyyyyy. There's nothing important selain dari kebahagiaan mak. Sungguh, takde ape dah dlm dunia ni, selain taat Allah dan rasul, mmg mak lah segalanya dan tak kira lah mcm mana, aku akan make sure mak happy. Tu je.

Setahun ni ape perasaan? Kecewa,stress, depressive, hopeless, rase tak berguna,tak tau nak buat ape,tak tau nak start mcm mana,mental break tak productive. Haha. Dia punya nak explain perasaan tu mcm dah gagal dlm hidup 10 tahun. Hahaha. As i told you, aku tak pernah rasa gagal selama ni. Hidup dlm comfort zone, bahagia, success. So boleh bayangkan tak after all the achievements, tetibe hidup kau sendu. Can you feel me? Aku fail test jpj pun aku punya nangis teruk gila. Sbb tu first time rasa fail. Hahaha. So i believed that Allah atur hidup aku mcm ni utk aku belajar tentang hidup cause we're not gonna have a perfect life all the time. So aku bersyukur lah dgn segala perasaan yg tidak best selama setahun ni.

Am i wasting my time selama setahun ni? I guess not! 
Despite all the mixed feeling, here i am! Will start my class soon! insyaAllah :)



Fuh. Dahhhh. Post luahan perasaan utk setahun! Bye!



✿ aku happy ✿
Wednesday, September 21, 2016 | 2:18 PM | 0 cakap cakap
bismillahirahmanirrahim.

lame dah tak menulis blog.fyi skrg aku dah ade diari. kahkah.. serious lah tulis diari manually dlm buku. lame aish lame.. lols. biar lah!

apa khabar? aku? khabar baik. i'm good. surprisingly i am very good. tenang dan bahagia. alhamdulillah. kalau lah tau perasaan akan jadi setenang ni, dah lama aku serah hati 100% kat Allah. haha..teruk nye baru nak tau.tp alhamdulillah lah dengan hari2 yg baru sekarang ni. aku lebih happy.

hati. soal hati paling takut aku nak sembang. takut terjatuh hati pun ye. taku terasa hati pun ye. buat masa ni mmg hati under maintenance. malas nak bukak hati. kalau ade yg nak bukak, through my family je lah ye. malas nak buat decision. haha. senang hidup.

sekian. aku happy. :)
✿ sekufu u_u ✿
Sunday, September 18, 2016 | 1:47 AM | 0 cakap cakap
Ditulis oleh : Ustaz Farid Rashidi


“Ustaz, saya ingin tahu tentang masalah sekufu?”

“Mudah saja masalahnya..tetapi jawapannya perlu kepada sedikit huraian.”

Memandangkan persoalan pernah dijadikan perbincangan umum maka saya cuba membawakan sedikit penjelasan menurut perspektif syara’.

Apa itu sekufu?

Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.
Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

Sekiranya seorang lelaki yang kuat agama, alim dan tsiqah perilakunya mahu menjadikan seorang perempuan yang cetek agama bertujuan untuk mendidik. Ianya tidak menjadi kesalahan besar. Alhamdulillah jikalau itu matlamat dan niatnya.

Tetapi seandainya perempuan yang baik dan beriman mahu berkahwin dengan lelaki fasik atas dasar kerana mahu mendidik lelaki itu. Adalah tidak digalakkan.

“Kenapa?” Muncul persoalan.

“Bukankah lelaki itu pemimpin wanita? Wanita itu sifatnya lemah lembut? Cuba lihat sejauh mana seorang perempuan mampu mengubah seorang lelaki dengan sifat keegoannya yang tinggi? Mampukah?…”

“Saya bimbang perempuan yang solehah pada asalnya, solat menjadi tiang hidupnya, puasa menjadi makanan jiwanya, Quran menjadi penawar hatinya, hijab menjadi pakaiannya akan lenyap, terhakis lalu tenggelam ditengah-tengah perilaku si suami fasik..”

Saya kurang setuju dan syara’ juga mengambil kira hal ini.

Imam Ghazali pernah membicarakan mengenai faedah bernikah antaranya ialah petunjuk dan satu pengislahan jalan beragama.

Sekiranya berkahwin dengan seorang lelaki fasik menambahkan kefasikan, bagaimana mahu mendapat petunjuk melalui agama Islam dan beroleh barakah?

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?”


Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”


2. Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang kebun, pencuci tandas tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan Mufti, lelaki alim, Qadi dan tokoh korporat.

“Kalau begitu, nampak seperti wujud kasta dan darjat keturunan?”

Perlu difahami, bukanlah sekufu itu mahu membezakan darjat dan keturunan seseorang sehingga menganggap pekerjaan sedemikan rupa sebagai suatu pekerjaan yang hina dina. Akan tetapi sekufu adalah bertujuan memberi kelebihan dan kebebasan pihak wanita dan wali untuk memilih bakal menantunya.

Sudah tentu wali mahu melihat pilihan jodoh anak perempuannya adalah yang terbaik.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.
Contoh lelaki yang mempunyai penyakit Aids HIV, gila, sakit kusta atau sopak sudah tentu tidak sama ataupun setaraf dengan perempuan yang sihat.

Selain mendapat malu, dibimbangi juga akan berlaku kemudharatan kepada wanita bilamana berkahwin dengan lelaki berpenyakit sebegitu.

Adakah sekufu antara syarat wajib?

Tidak, cuma dalam masalah sekufu ianya merupakan hak seorang perempuan dan hak walinya.
Sekufu bukanlah antara syarat sah perkahwinan, ia hanya sebagai langkah mengelakkan wanita dan walinya menanggung malu ataupun berlaku kekeruhan rumah tangga kelak. Di antara tujuan sekufu ialah supaya pihak wanita tidak perlu mengubah kebiasaan hidup mereka.

Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud:

“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”

(Riwayat Hakim: 2/163 Beliau mensahihkannya)

Oleh kerana ianya bukan menjadi syarat sah perkahwinan, maka pihak wanita dan wali boleh saja menggugurkan syarat ini mengikut pandangan sendiri. Dengan kata lain, sekiranya wanita dan pihak wali meredhai lelaki yang bakal berkahwin tanpa melihat syarat sekufu maka nikahnya adalah sah.

Wallahhua’lam.

Rujukan:

Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.

Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.

Bahrul Mazi Syarah Mukhtasor Sohih At-Turmuzi, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari.

Friday, January 1, 2016 | 6:56 PM | 0 cakap cakap


hey 2016.

be nice okay?



Labels:

✿ biarkanlah ✿
Tuesday, May 26, 2015 | 10:49 AM | 0 cakap cakap


Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah semuanya
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu


-strong aish-
✿ new me. strong me. ✿
Saturday, April 11, 2015 | 9:02 PM | 0 cakap cakap
perasaan atau rutin..

aku di provok oleh semua org.. haha. kesian weyh..da lah hati acah merana duka dan lara..kena provok bertubi-tubi pulak,.lols. 

semua org cakap rutin. 

aku cuba utk menidakkan.

tapi fikir deep deep..

aci tak kalau nak ckp betul?hmmphh.


bukan tak yakin dgn perasaan sendiri, cuma aku cuba utk yakinkan diri ini adalah rutin..

satu, untuk move on dengan jayanya, 

dua, keseronokan dan kebahagian,dan keexcitedan (ape ke jahanam bahasa aku hihi) seakan akan mcm tak rasa utk empat kali yg tak pernah sampai 5 jam..erk..cuma bahagia akal, hati tak sebahagia akal.kot. disini tak rasa.. tak tau lah disana..kot.. 

tiga, rasa makin mati. cuba hidupkan,tp terus menerus mati.penat.lelah..mohon cabut alat bantuan penafasan..dead..

empat, bukan tak fikir,tp fikir je tak cukup utk bersatu.bukan takde rasa.tp sekelumit rasa tu tak cukup utk bahagia. 

dan aku cuba tanam dlm hati itu hanya rutin enam tahun. rutin. ye rutin.. 

RUTIN. ye,dari kau atau dari aku, itu hanya rutin. 

jom tukar rutin.aku yakin kau jumpa kebahagian lain. 

jgn lagi ckp aku kebahagian kau, sebab aku tak rasa kau bahagia dengan aku. kurang effort,kurang concern, kurang faham, kurang ambil berat, kurang simpati, kurang empati, kurang masa, kurang rasa kasih dan sayang, kurang sedar yg hati aku banyak kali sakit, kurang sedar yg air mate aku ni dah macam takde tujuan lain utk keluar selain dr tujuan ini.haha. aku penat.. sekian..

pegi cari rutin baru. 

org marah aku kenape aku sabar. semua paksa aku utk jadi kental sekental askar.ehh. haha.. okay..dah kental ni. tak nangis dah.. tak gembeng dah..oh smlm aku beli casing phone loreng..acah2 strong lah? haah..okay takde kaitan.kbai,,ehh dah lah. penat. 

new me. strong me. jgn cari jgn pujuk jgn rayu.. to late..i am strong to say no. 





Labels:

✿ suntuk ✿
Wednesday, March 11, 2015 | 9:36 AM | 0 cakap cakap
bismillahirahmanirrahim. :D

second week.hoiiiii dah second weekkkkkkkk! 

dan kau aish? masih berfuya fuya bergoyang kaki bersenang lenang..

pheww.. stress masa sendiri sbb push diri sendiri tapi gagal push.. haha... risau beteii.. roomate semua dah start pulun masuk lab bagai.. wuarghhh.. ape nak buat niiii..  

well last minute is aish, aish is last minute.. tapiii.. come on, ni final year project kottt! 4 jam kredit.. omma.ottoke. T__T

bertabahlahhh.. doakan aku utk lebih bersemangat okayy?

ohh btw, td jumpa ketua jabatan.. tanya pasal program TPM.tenaga pengajar muda.yg bawah kementerian tu.. pastu sir ckp.. "kami mmg akan offer kat you sbb calon first class kan, tp bagus lah kalau you dah request sendiri,insyaallah nnt kami tlg" ..and aku dengan tersipu sipu nye, alhamdulillahhhh.. haha.. insyaAllah okay kot.. tp kena dpt first class lahh.. :') so, by the time dah habis semester, dah kena prepare utk submission borang tu semua. and kena apply uni cepat lah..so IELTS pun kena buat paling lambat in june.. pheww.. ni dah april, nak amek exam ielts bulan june, nak  apply uni bulan july..if Allah izin dapat, bulan 9 dah fly!! maigad.. cepat nyee.. fuhh,, ni bukan berangan okay, ni planning, jadi tak jadi, Allah punya kerja. i just have to do it well.. doakan okay?



lots of love,
aish yg kesuntukan masa



Labels:

✿ the menggelabah ayam ✿
Tuesday, March 3, 2015 | 12:08 PM | 0 cakap cakap
bismillahirahmanirrahim.



Assalamualaikum! ehems, hye awk! eh awak lahhh..ha yg tengah baca tu..hye..  ;p

nak tau takk.. semalam kan.. aku mengahadapi hari yg sgt menggelabah ayam.okay aku cite dulu sinopsis sebelum kejadian.. haha. nak dijadikan cerita, masa cuti hari tu, time aku kat rumah tu kan.. ade lah in coming call..dari fakulti.

"hello assalamualaikum.. ni aisyahira ke ? sy dr pihak fakulti, awk dikehendaki dtg pada hari isnin mggu dpn, 2 mac, utk satu sesi interview"

"hah?interview ape ye?"

"awak adalah salah sorang calon anugerah emas institution of engineers malaysia (IEM).ada 3 org, lagi dua org pelajar elektrik"

ommahhh.. aku like.......errr,, seriously? me? anugerah emas? hadoiii.. cannot brain.. IEM kott.. okay jgn over..calon okay..just calon.. bukan penerima,.kahkah..

tapi, calon pun,, its mean a lot to me.. alhamdulillah Allah izin,stakat ni, aku first ranking dlm fakulti, nak capai tahap ni bukan suatu yg mudah, and aku tak pernah imagine pun,tak pernah terfikir i would be one of best student in academic,, tp Allah bagi jugak, so, konklusinya, nothing impossible oh jyeahh! alhamdulillah :)

okay berbalik kepada cerita td, so smlm adalah hari yg menervouskan aku secara total. ni adalah FIRST interview in my life! yg kena speaking, yg ade 5 org panel, yg kau dihentam dgn soalan yg unexpected.. ohmaiii.. ohh, aku penah kena interview, tp masa nk masuk upnm dulu lah, tu pun bm.. ahh bm, kencang je lah aku nak sembang.. ni nak kena speaking, STUCK..

dah lah panel semua ketua jabatan.. org²  atas.. pastu, masuk2 je introduce diri lah bagai.. pastu soalan nye

 -pasal oil and gas kat pengerang,kaitan dgn environment.blerghh mana aku tau! haha.. glabah habis.. soalan yg paling banyak aku ckm "ermmm... ermmmm.." T____T

 -pasal banjir kat kelantan. punca dr segi hydraulic.aku dah lah tak suka baca news. mati lah.. padan muka utk seorang yg tak tau pengetahuan am mcm aku..sobs.

 -aktiviti kokorikulum aku.

 -kenape suka upnm.. der??haha.. aku jawab sbb aku suka enviroment upnm yg takde fashion ang less social.aku compare ngn uni luar yg banyak gila fashion,, and panel semua gelak kan aku smbil buat muka tak percaya ngn jawapan aku. haha.. lantokk.. 

-if you win this award,what would you say? im speechless. haha.,.kbai.


basically, interview tu mcm krik krik,, well i can say it worse..haha.. sbb aku nervous yg sampai stuck dekat otak yg mcm satu perkataan pun susa nak kluar. haha.. how bad i am.. hahha.. this is my very first time mannn,, come on..

tp the good thing is, i noticed that i have to learn how to control the menggelabah ayam of aish.. haha.. nervous tu kena control weyh..sbb benda ada dlm otak,and i can't spread it out even dgn simple word yg sebenarnya aku tau..tp, it just stuck! haha..teghokk.. aku kadang²  yakin yg aku ni confident in many ways,tp ternyata tidak.. banyak lagi yg kena belajar.. seriously.. and one more thing, communication skills guwa in english teghok betul.. adoii,, cano lah nak amek ielts ni..pheww.. 

well, aku rasa Allah saje nak bagi chance kat aku this time, so that i'll notice something..im too weak.. kena banyak blajar..kena practice.. insyaAllah bole kot..doakan okay?

gold award tu? kahkah.. aku tak letak harapan utk dpt award tu,. nak kena compete ngn semua uni kat malaysia ni,,ya Allah, aku rasa aku belum sampai tahap tu..tak kot..tak mungkin.. bukan negative, cuma berpijak dibumi yg nyata dan sedar tahap diri aku ni kat mana.. haha.. to be short listed ni pun dah alhamdulillah..


******************************

satu lagi cerita menggelabah di hari yg sama.. petang tu aku ade interview to be a tutor kat pusat tuition kat area sg besi.haha..borak itu ini ng cikgu kat tuition center tu, so decide lah aku akan mengajar student spm, subjek lukisan kejuruteraan. haha..saje je try..doing something out of the box.force diri how to handle aku punya final year projek, assgnmnt, class, test and kerja²  as a tutor.. harap2 aku mampu buat semua nya dgn baik.. insyaAllah.. so! esok start kelas ngn student²  tu.. doakan cikgu aish ye! amboii..cikgu..heuheu.. nak develop teaching skill.. al maklum lahhh nak jd lecturer kann.. hiks..kboi.


lama pulak rase menaip ni., haha.. panjang pulak entry.. dah lahh.. nak lunch! laparrr.. bye semuaaa.. assalamualaikum. 



lots of love,
aish si gelabah ayam
kok kok kok


Labels:


Older Post




Copyright© All Rights Reserved. Fully owned by YOU.